Statistics
  • Total Users: 2
  • Total Hits: 441,287
  • Total Visitors: 395,372
  • Total Photos: 464
  • Total Journal Entries: 24
  • Total Comments: 238
  • Members Online: 0
  • Guests Online: 3
Main Menu
Perpustakaan Sultan Ismail
Login Form
Recover Password
 Username
 
 Password
 

Berita PSI

Pages: [1] 2 3 > >>
Posted by: PSI Web Admin - 18/02/10 @ 8:19AM
Perpustakaan Sultan Ismail, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan , Majlis Bandarya Johor Bahru bersama KWIK Mandarin Sdn. Bhd. akan mengadakan program kwik mandarin untuk kategori dewasa pada 2 Mac 2010 dan kategori kanak-kanak pada 5 Mac 2010 . Untuk keterangan lanjut hubungi talian 07-2391792/93/96.

    Broshur Kwik Mandarin
          
    Borang Penyertaan

Perpustakaan Sultan Ismail, Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru  bersama DBP Wilayah Selatan menganjurkan Pertandingan Sayembara Puisi Kemerdekaan 2009 untuk pelajar sekolah menengah Daerah Johor Bahru pada 05 Ogos 2009 (peringkat saringan) bertempat di Balai Seminar DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru dan 8 Ogos 2009 (peringkat akhir) di Plaza Angsana, Johor Bahru.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 07-2391793/96 atau no. fax 07-2373845 En. Zanudin bin Aziz atau Pn. Yuliana binti Sirkam.

  Muat Turun Syarat Pertandingan

  Muat Turun Borang Penyertaan

Posted by: PSI Web Admin - 13/05/09 @ 1:23AM

Program 'Jom Ke Perpustakaan' dengan kerjasama Biro Pelajaran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru untuk wargakota Bandaraya Johor Bahru 23 Mei 2009 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail, Jalan Datin Halimah, Larkin, Johor Bahru. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak Perpustakaan Sultan Ismail di talian 07-2391792/93/96.

Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Sekolah-Sekolah Rendah Johor Bahru 06 - 08 Ogos 2009

 

Bahagian Perpustakaan Sultan Ismail, Jabatan Kemasyarakatan akan mengadakan pertandingan Lagu-lagu Patriotik untuk sekolah-sekolah Rendah Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang, sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 52. Petandingan tersebut akan diadakan pada 6 hingga 8 Ogos 2009 (Khamis, Jumaat dan Sabtu).

 

Syarat-syarat Penyertaan Dan Hadiah Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru Dan Pasir Gudang

 

1. Pertandingan lagu-lagu patriotik ini terbuka kepada pelajar berumur 12 tahun ke bawah di kawasan Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang.
2. Setiap kumpulan di anggotai oleh 25 hingga 30 orang termasuk seorang konduktor. Konduktor mestilah terdir daripada pelajar atau guru sekolah berkenaan.
3. Setiap kumpulan diwajibkan menyanyi dua buah lagu. Satu lagu wajib yang dipilih dari senarai dan satu lagu bertemakan tanahair dan kemerdekaan serta lagu adalah ciptaan tempatan. Lagu dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.
Lagu-lagu wajib:
    Perpaduan Teras Kejayaan
    Ketahanan Rakyat
    Berjaya
    Johor Negeriku
4 Masa persembahan tidak melebihi 10 minit bagi kedua-dua buah lagu.
5. Muzik iringan disediakan oleh pihak peserta sendiri dalam bentuk CD "minus One" : tanpa suara. Persembahan lagu patriotik tidak dibenarkan diringi dengan muzik secara "live".
6. Penyertaan adalah terhad untuk 25 kumpulan sahaja.
7. Pakaian semua peserta hendaklah sesuai. Sebarang bentuk kereografi dari peserta lain tidak dibenarkan semasa pertandingan.
8. Peringkat saringan akan diadakan dalam 2 sesi iaitu 6 dan 7 Ogos 2009 (Khamis dan Jumaat) mulai jam 1.30 petang bertempat di Pentas Utama Atrium Plaza Angsana, Johor Bahru.
9. Tarikh tutup penyertaan pada atau sebelum 24 Julai 2009.
10. Pihak penganjur akan mengumumkan kumpulan yang layak memasuki peringkat akhir pada 7 Ogos 2009. Pertandingan akhir lagu-lagu patriotik akan diadakan pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) mulai jam 2.30 petang.
11. Penyertaan adalah percuma.
12. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  Penghakiman lagu patriotik :

 

Bidang-bidang yang dinilai Pemberatan
Pic / Nada 25
Harmoni 20
Keseimbangan 15
Tempo 20
Sebutan 10
Persembahan 10

 

Hadiah-hadiah adalah sebagaimana berikut :  
Johan RM 2000.00 + Piala + Sijil  
Naih Johan RM 1500.00 + Piala + Sijil  
Ketiga RM 1000.00 + Piala + Sijil  
Keempat & Kelima RM 500.00 + Piala + Sijil  
Saguhati RM 250.00 + Sijil  

  

13. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab diatas segala kemalangan dan kecacatan yang belaku sepanjang dan selepas pertandingan ini dijalan.
14. Segala perbelanjaan adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
15. Dapatkan borang dan keterangan lanjut daripada Bahagian Perpustakaan Sultan Ismail, Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Jalan Datin Halimah, Larkin Johor Bahru.
  No. Telefon : 07-2391793/96 No. Fax : 07-2373845 (Zainudin bin Aziz / Yuliana bte Sirkam)
Posted by: PSI Web Admin - 11/02/09 @ 1:53AM

Kelas Melukis dan Mewarna Asas 2009 anjuran Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru akan diadakan setiap Ahad mulai  Mac  2009  hingga Mei 2009 .  Pendaftaran bagi penyertaan program ini adalah dibuka pada 15/02/2009 dan 22/02/2009 jam 10.00 pagi hingga 12 tengahari. Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM 5.00 dan bayaran bulanan RM 25.00. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 07-2391792/96  fax : 07-2373845.  

 

Sertai Pertandingan Menulis Esei "JIKA SAYA DATUK BANDAR JOHOR BAHRU"  bersempena  sambutan Ulangtahun Majlis Bandaraya Johor Bahru yang ke 15. Pertandingan terbuka kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah berumur 10 - 12 tahun dan pelajar Sekolah Menengah berumur 13 - 17 tahun. Tarikh tutup pertandingan 2 Mac 2009 jam 5.00 petang. Jom sertai dan dapatkan hadiah-hadiah menarik yang disediakan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian urusetia 07-2391792/94/96.

           [ Muat turun Syarat dan Borang Penyertaan]

 

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, Perpustakaan Sultan Ismail dan Persatuan Penulis Johor akan mengadakan program Bicara Karya - Pengorbanan oleh Penulis-Penulis Muda Negeri Johor Justeru Impian Di Jaring oleh Zaid Aktar Walinong Sari oleh Khalid Salleh pada 20 Disember 2008 (Sabtu) jam 08.30 pagi bertempat di Aras 1, Perputakaan Sultan Ismail, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru.

Perpustakaan Sultan Ismail (PSI), Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Permas Publication akan mengadakan Kem Rekreasi Bahasa Inggeris bagi pelajar-pelajar berumur 10-14 tahun pada 29 November 2008 (Sabtu) jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang bertempat di Aras 1, Perpustakaan Sultan Ismail , Jalan Datin Halimah , Johor Bahru.

Kem tersebut telah diadakan pada 15 November 2008 yang lalu dan memandangkan sambutan sungguh menggalakkan pihak PSI akan mengadakan sesi ke 2 pada tarikh 29 November 2008. Tujuan kem ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan cara lebih berkesan.

Untuk keterangan lanjut untuk kem tersebut sila hubungi pihak Perpustakaan Sultan Ismail di talian 07-2391792 / 93 / 96 atau faksimili 07-2373845. 

[ Syarat Penyertaan dan Borang Pendaftaran ]

Posted by: PSI Web Admin - 09/11/08 @ 8:23PM

Perpustakaan Sultan Ismail, Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru akan mengadakan Program Sehari Bersama Polis pada 16 November 2008 (Ahad) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail, Jalan datin Halimah Johor Bahru.

Pengisian proram tersebut adalah pameran mengenai keselamatan jalanraya, jenayah dan narkotik dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada wargakota Bandarya Johor Bahru tentang keselamtan jalanraya yang mesti dipatuhi dan kesedaran bahayanya jenayah-jenayah terhadap keselamtan awam dan negara.

Posted by: PSI Web Admin - 29/10/08 @ 8:04PM

Perpustakaan Sultan Ismail , Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Permas Publication akan mengadakan Kem Rekreasi Bahasa Inggeris terbuka kepada pelajar berumur 10 hingga 14 tahun pada 15 November 2008 (Sabtu) mulai jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Aras 1, Perpustakaan Sultan Ismail. Tujuan kem ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada palajar supaya dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 07-2391792/93/96 atau faksimili 07-2373845.

SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN

Pages: [1] 2 3 > >>

RSS 2.0
Dibangunkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat MBJB. Hakcipta © Terpelihara 2004-2010 Perpustakaan Sultan Ismail.
Perpustakaan Sultan Ismail tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.