Statistics
  • Total Users: 3
  • Total Hits: 635,237
  • Total Visitors: 575,444
  • Total Photos: 464
  • Total Journal Entries: 27
  • Total Comments: 348
  • Members Online: 0
  • Guests Online: 2
Main Menu
Perpustakaan Sultan Ismail
Login Form
Recover Password
Account Sign-up
 Username
 
 Password
 

Berita PSI

Pages: << < 1 [2] 3 > >>

Perpustakaan Sultan Ismail (PSI), Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Permas Publication akan mengadakan Kem Rekreasi Bahasa Inggeris bagi pelajar-pelajar berumur 10-14 tahun pada 29 November 2008 (Sabtu) jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang bertempat di Aras 1, Perpustakaan Sultan Ismail , Jalan Datin Halimah , Johor Bahru.

Kem tersebut telah diadakan pada 15 November 2008 yang lalu dan memandangkan sambutan sungguh menggalakkan pihak PSI akan mengadakan sesi ke 2 pada tarikh 29 November 2008. Tujuan kem ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan cara lebih berkesan.

Untuk keterangan lanjut untuk kem tersebut sila hubungi pihak Perpustakaan Sultan Ismail di talian 07-2391792 / 93 / 96 atau faksimili 07-2373845. 

[ Syarat Penyertaan dan Borang Pendaftaran ]

Posted by: - 10/11/08 @ 9:23AM

Perpustakaan Sultan Ismail, Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru akan mengadakan Program Sehari Bersama Polis pada 16 November 2008 (Ahad) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail, Jalan datin Halimah Johor Bahru.

Pengisian proram tersebut adalah pameran mengenai keselamatan jalanraya, jenayah dan narkotik dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada wargakota Bandarya Johor Bahru tentang keselamtan jalanraya yang mesti dipatuhi dan kesedaran bahayanya jenayah-jenayah terhadap keselamtan awam dan negara.

Posted by: - 30/10/08 @ 8:04AM

Perpustakaan Sultan Ismail , Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Permas Publication akan mengadakan Kem Rekreasi Bahasa Inggeris terbuka kepada pelajar berumur 10 hingga 14 tahun pada 15 November 2008 (Sabtu) mulai jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Aras 1, Perpustakaan Sultan Ismail. Tujuan kem ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada palajar supaya dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 07-2391792/93/96 atau faksimili 07-2373845.

SYARAT DAN BORANG PENYERTAAN

Perpustakaan Sultan Ismail, Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan anjuran bersama DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru akan mengadakan Pertandingan Sayembara Deklamasi Syair Patriotisme. Pertandingan tersebut diadakan dalam dua peringkat saringan dan akhir iaitu peringkat saringan pada 9 Ogos 2008 (Sabtu) di Balai Seminar DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru. Peringkat akhir diadakan pada 16 Ogos 2008 (Sabtu), pukul 11 pagi bertempat di Plaza Angsana , Johor Bahru.

Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk menanam semangat kemerdekaan dan menghayati pengorbanan dan kecintaan kepada Negara dalam diri pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah terutamanya golongan remaja untuk memperingati ulang tahun kemerdekaandan erti kemerdekaan itu sendiri. Selaian itu juga ianya boleh merapatkan lagi hubungan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Bahagian Perpustakaan Sultan Ismail serta warga kota Johor Bahru dan secara tidak langsung dapat menaikkan imej Majlis Bandaraya Johor Bahru.

 

Hadiah Pertama

Wang Tunai RM 300.00 beserta Hadiah Iringan dan Sijil

Hadiah Kedua Wang Tunai RM 200.00 beserta Hadiah Iringan dan Sijil
Hadiah Ketiga Wang Tunai RM 100.00 beserta Hadiah Iringan dan Sijil
Hadiah Saguhati (Ke 4-10) Wang Tunai RM 50.00 beserta Hadiah Iringan dan Sijil

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak Perpustakaan Sultan Ismail di nombor talian 07-2391792/95/93/96, faksimili : 07-2373845. Tarikh tutup penyertaan pertandingan tersebut adalah pada 15 Julai 2008 (Selasa) dan penyertaan adalah percuma.

Perpustakaan Sultan Ismail, Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru akan mengadakan Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang pada 14 - 16 Ogos 2008, bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru. Saringan akan diadakan pada 14 hingga 15 Ogos 2008 (Khamis - Jumaat), manakala akhir akan diadakan pada 16 Ogos 2008 (Sabtu).

Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk menanam semangat kemerdekaan dan menghayati pengorbanan dan kecintaan kepada Negara dalam diri pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah terutamanya golongan remaja untuk memperingati ulang tahun kemerdekaan dan erti kemerdekaan itu sendiri. Selain itu juga boleh merapatkan lagi hubungan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Bahagian Perpustakaan Sultan Ismail serta warga kota Johor Bahru dan secara tidak langsung dapat menaikkan imej Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah sepertimana berikut :

Hadiah Pertama : Wang Tunai RM 2,000.00 beserta piala dan sijil
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM 1,500.00 beserta piala dan sijil
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM 1,000.00 beserta piala dan sijil
Hadiah Keempat dan Kelima : Wang Tunai RM 500.00 beserta piala dan sijil
Hadiah Saguhati (Ke 6-10) : Wang Tunai RM 250.00 beserta piala dan sijil

Bagi keterangan lanjut sila hubungi pihak Perpustakaan Sutan Ismail di nombor talian 07-2391792/95/93/96, Faksimili : 07-2373845. Tarikh Tutup penyertaan pertandingan tersebut adalah pada 5 Ogos 2008 (Selasa) dan penyertaan adalah percuma.

Perpustakaan Sultan Ismail, Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru akan mengadakan aktiviti-aktiviti sempena cuti sekolah pada 24 Mei hingga 8 Jun 2008 bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail, Jalan Datin Halimah Johor Bahru.

Tujuan aktiviti ini adalah bagi mengisi masa lapang pengguna-pengguna perpustakaan pada hujung minggu dan menyertai aktiviti yang sedia ada.

Pada 2 Mei 2008 hingga 1 Jun 2008 program Bulan Diskaun Keahlian Perpustakaan Sultan Ismail  akan dianjurkan oleh Perpustakaan Sultan Ismail. Program ini adalah bertujuan untuk menarik minat wargakota yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan bangsa menjadi ahli perpustakaan. Selain itu juga ia menarik minat warga kota untuk mengenali perpustakaan dan menanamkan minat suka membaca dengan mengunjungi perpustakaan yang merupakan gedung ilmu.Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak Perpustakaan Sultan Ismail di nombor talian 07 - 2391792/95/93/96 dan faksimili : 07 - 2373845.

Perpustakaan Sultan Ismail akan menganjurkan program Bulan Pengampunan Pemulangan Buku Perpustakaan Sultan Ismail kepada wargakota Bandar Raya Johor Bahru khususnya kepada pengguna-pengguna yang menjadi ahli PSI mulai 2 Mei hingga 1 Jun 2008. Program ini adalah bertujuan bagi mendapatkan semula buku-buku yang telah dipinjam oleh ahli-ahli perpustakaan yang tidak dikembalikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Program ini juga bermaksud semua buku yang lewat dipulangkan tidakdikenakan denda untuk tempoh sepanjang program ini berlangsung dan buku yang lewat dipulangkan tidak dikenakan denda untuk tempoh sepanjang program ini berlangsung dan buku yang hilang dikenakan denda dengan harga yang tertentu. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak Perpustakaan Sultan Ismail di nombor talian 07 - 2391792/95/93/96 dan faksimili : 07 - 2373845.

Perpustakaan Sultan Ismail dengan kerjasama Cosmopoint akan mengadakan pameran pendidikan dan program open booth Kolej Teknologi Cosmopoint selama 1 hari bertarikh 30 Mac 2008 jam 10.00 pagi hingga 05:00 petang. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta maklumat kepada wargakota Bandaraya Johor Bahru berkenaan pameran tersebut. Orang ramai adalah dijemput untuk menyertai dan memeriahkan lagi program tersebut.

Posted by: - 11/02/08 @ 9:39AM

Perpustakaan Sultan Ismail akan mengadakan kelas asas melukis dan mewarna untuk tahap pra sekolah dan sekolah rendah. Kelas ini mengajar tentang teknik melukis dan mewarna secara asas. Maklumat kelas adalah sepertimana berikut :

Hari Setiap Hari Ahad
Tempoh Pembelajaran Mac hingga Mei 2008
Bayaran Bulanan RM 25:00 Sebulan
Bayaran Pendaftaran RM 5:00 (Sekali Sahaja)
Masa 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tarikh Pendaftaran 17/02/2008 & 24/02/2008
Tempat Bilik Aktiviti, Perpustakaan Sultan Ismail
Tempat adalah terhad.
Peralatn Semua Peralatan ditanggung oleh pelajar.
1 Buku Kertas Lukisan, Pensel Warna  Faber Castell @ Staedler, Pengasah dan Pemadam serta Pensel


Tenaga Pengajar adalah berpengalaman
Pages: << < 1 [2] 3 > >>

RSS 2.0
Dibangunkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat MBJB. Hakcipta © Terpelihara 2004-2010 Perpustakaan Sultan Ismail.
Perpustakaan Sultan Ismail tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.