![]() |
|
|
Perpustakaan Sultan Ismail
|
|||||||||||
Berita PSIBengkel Pemantapan UPSR anjuran Perpustakaan Sultan Ismail, Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Permas Publications akan diadakan pada 1 Mac 2008 (Sabtu) - Sesi 1 dan 29 Mac 2008 (Sabtu) - Sesi 2 bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru. Sasaran adalah murid-murid Tahun Enam dan matapelajaran adalah meliputi Bahasa Malaysia, English, Mathematics, Science serta teknik menjawab soalan UPSR, ulasan soalan dan jawapan dlln. Yuran pendaftaran RM 40.00 dikenakan - RM 35.00 untuk pendafaran sebelum 26 Februari 2008 (Sesi 1) atau pendaftaran sebelum 26 Mac 2008 (Sesi 2) - termasuk minum pagi, makan tengahri, fail dan bengkel. Pendaftaran terhad kepada 200 penyertaan yang pertama bagi setiap sesi. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 07-2391792/96 atau 016-71712010 Perpustakaan Sultan Ismail sentiasa menggalakkan orang ramai berkunjung ke perpustakaan. Ini adalah untuk menarik minat dan menanamkan sikap suka membaca dikalangan mereka walaupun ia bukanlah suatu perkara yang amat mudah dilakukan. Namun PSI, sejak ia ditubuhkan sehingga kini telah melaksanakan perbagai usaha dan aktiviti ke arah itu supaya masyarakat benar-benar faham betapa pentingnya perpustakaan dalam kehidupan mereka.
KOLEKSI PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL Perpustakaan Sultan Ismail mempunyai koleksi yang besar dan meliputi semua bidang perkara. Selain daripada buku-buku perpustakaan juga menyediakan koleksi majalah, risalah, laporan tahunan, bahan pembinaan minda dan koleksi Alat Pandang Dengar. Semua koleksi ini diklasifikasikan mengikut Sistem Pengkelasan Dewey (Dewey Decimal Clasification). Antara koleksi yang terdapat di PSI ialah:-
KOLEKSI BUKU PINJAMAN TERBUKA Koleksi ini terletak di aras bawah PSI dan meliputi bahan-bahan Pengetahuan Dewasa Melayu dan Inggeris, Fiksyen Melayu dan Inggeris serta koleksi Fiksyen Cina dan Tamil. Koleksi ini boleh dipinjam untuk tempoh dua minggu (14 hari). KOLEKSI BUKU RUJUKAN Koleksi ini terletak di aras 2 PSI di Bahagian Rujukan. Hanya kategori ahli remaja dan dewasa yang berdaftar sebagai ahli perpustakaan sahaja yang dibenarkan menggunakan bahagian. KOLEKSI RUJUKAN MALAYSIANA Koleksi ini ialah buku-buku yang ditulis oleh penulis Malaysia atau buku-buku berkenaan Malaysia. Koleksi ini juga ditempatkan di aras 2 PSI di Bahagian Rujukan dan ditanda dengan huruf "MR". KOLEKSI AKHBAR PSI melanggan akhbar-akhbar harian yang terdapat di pasaran bagi kemudahan pembaca. Bagi pengguna yang ingin membuat rujukan akhbar tiga tahun kebelakangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi anggota PSI di Kaunter Edaran.
KOLEKSI MAJALAH / JURNAL Sebanyak 110 judul majalah luar negara dan tempatan dilanggan berdasarkan keperluan ahli. Beberapa jurnal perkara tertentu dilanggan dari luar negara dan koleksi ini ditempatkan di aras 1 PSI di Bahagian Akhbar dan Majalah. KOLEKSI KANAK-KANAK Koleksi ini ditempatkan di bahagian kanak-kanak. Kategori koleksi ini merupakan jumlah yang paling besar berbanding dengan koleksi yang lain. KOLEKSI PERMAINAN KANAK-KANAK Permainan kanak-kanak yang berbentuk tradisional dan moden juga merupakan salah satu koleksi PSI. Peralatan permainan seperti congkak, scrabble, puppet, catur dan sebagainya disediakan untuk kumpulan kanak-kanak bermain menghilangkan penat membaca. Koleksi ini hanya boleh digunakan pada hari sabtu dan ahad sahaja secara berkumpulan dengan bimbingan petugas. Koleksi ini juga digunakan bagi aktiviti-aktiviti semasa lawatan pelajar-pelajar pra-sekolah dan sekolah rendah. KOLEKSI BUKU BAHASA ARAB DAN TULISAN JAWI PSI mempunyai koleksi Buku Bahasa Arab dan koleksi tulisan jawi untuk rujukan dan pinjaman ahli perpustakaan. KOLEKSI BAHASA CINA DAN TAMIL Pelbagai buku pengetahuan dan novel di dalam bahasa Cina dan Tamil untuk ahli dewasa, remaja, kanak-kanak dan pra-sekolah ada disediakan untuk kegunaan ahli PSI. PSI telah memperkenalkan perkhidmatan ini sejak 1 Januari 1999. Pusat ini berperanan menggalakkan penggunaan media yang berteraskan teknologi maklumat (IT) seperti Internet, Multimedia, CD-ROM dan peralatan berkomputer lain seperti kamera digital, pengimbas dan pencetakan. Untuk melicinkan perkhidmatan Pusat Pintar IT ini sebanyak 10 unit komputer disediakan untuk pengguna. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan di pusat ini sebagai alternatif untuk mencari bahan maklumat dengan menggunakan media elektronik disamping buku-buku yang disediakan oleh PSI. Selain itu, Pusat IT juga menyediakan perkhidmatan mel elektronik untuk pengguna PSI.
OPAC (Online Public Access Catalogue) Melalui sistem perpustakaan berkomputer, proses memperolehi maklumat perpustakaan turut menjadi lebih mudah. Pengguna PSI hanya perlu menggunakan OPAC yang diletakkan berhampiran kaunter sirkulasi PSI. Ini juga memudahkan anggota kaunter untuk membantu pengguna yang memerlukan bantuan dalam penggunaan OPAC. OPAC memudahkan pengguna mencari maklumat menerusi:-
Perpustakaan Sultan Ismail mempunyai koleksi yang besar dan meliputi semua bidang perkara. Selain daripada buku-buku perpustakaan juga menyediakan koleksi majalah, risalah, laporan tahunan, bahan pembinaan minda dan koleksi Alat Pandang Dengar. Semua koleksi ini diklasifikasikan mengikut Sistem Pengkelasan Dewey (Dewey Decimal Clasification). Antara koleksi yang terdapat di PSI ialah:-
KOLEKSI BUKU PINJAMAN TERBUKA Koleksi ini terletak di aras bawah PSI dan meliputi bahan-bahan Pengetahuan Dewasa Melayu dan Inggeris, Fiksyen Melayu dan Inggeris serta koleksi Fiksyen Cina dan Tamil. Koleksi ini boleh dipinjam untuk tempoh dua minggu (14 hari). KOLEKSI BUKU RUJUKAN Koleksi ini terletak di aras 2 PSI di Bahagian Rujukan. Hanya kategori ahli remaja dan dewasa yang berdaftar sebagai ahli perpustakaan sahaja yang dibenarkan menggunakan bahagian. KOLEKSI RUJUKAN MALAYSIANA Koleksi ini ialah buku-buku yang ditulis oleh penulis Malaysia atau buku-buku berkenaan Malaysia. Koleksi ini juga ditempatkan di aras 2 PSI di Bahagian Rujukan dan ditanda dengan huruf "MR". KOLEKSI AKHBAR PSI melanggan akhbar-akhbar harian yang terdapat di pasaran bagi kemudahan pembaca. Bagi pengguna yang ingin membuat rujukan akhbar tiga tahun kebelakangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi anggota PSI di Kaunter Edaran.
KOLEKSI MAJALAH / JURNAL Sebanyak 110 judul majalah luar negara dan tempatan dilanggan berdasarkan keperluan ahli. Beberapa jurnal perkara tertentu dilanggan dari luar negara dan koleksi ini ditempatkan di aras 1 PSI di Bahagian Akhbar dan Majalah. KOLEKSI KANAK-KANAK Koleksi ini ditempatkan di bahagian kanak-kanak. Kategori koleksi ini merupakan jumlah yang paling besar berbanding dengan koleksi yang lain. KOLEKSI PERMAINAN KANAK-KANAK Permainan kanak-kanak yang berbentuk tradisional dan moden juga merupakan salah satu koleksi PSI. Peralatan permainan seperti congkak, scrabble, puppet, catur dan sebagainya disediakan untuk kumpulan kanak-kanak bermain menghilangkan penat membaca. Koleksi ini hanya boleh digunakan pada hari sabtu dan ahad sahaja secara berkumpulan dengan bimbingan petugas. Koleksi ini juga digunakan bagi aktiviti-aktiviti semasa lawatan pelajar-pelajar pra-sekolah dan sekolah rendah. KOLEKSI BUKU BAHASA ARAB DAN TULISAN JAWI PSI mempunyai koleksi Buku Bahasa Arab dan koleksi tulisan jawi untuk rujukan dan pinjaman ahli perpustakaan. KOLEKSI BAHASA CINA DAN TAMIL Pelbagai buku pengetahuan dan novel di dalam bahasa Cina dan Tamil untuk ahli dewasa, remaja, kanak-kanak dan pra-sekolah ada disediakan untuk kegunaan ahli PSI. PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL (PSI) telah dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim D.K., S.P.M.J., D.M.N., D.K. (Brunei) pada 29 Oktober 1964. Bangunan Perpustakaan dua tingkat berbumbung bentuk Minangkabau yang terletak di Jalan Dato Onn bersebelahan dengan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Mulai bulan Ogos 1964 warga kota Johor Bahru mula mendapat perkhidmatan perpustakaan yang ditadbirkan oleh Majlis Bandaran Johor Bahru. Sejak ditubuhkan, PSI sentiasa berkembang pesat dan mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat setempat. Bangunan sediada di Jalan Dato Onn tidak dapat menampung pertambahan koleksi dan juga pertambahan ahli dan pengguna PSI. Untuk mengatasi masalah tersebut, Pentadbiran PSI telah memajukan permohonan ke Pengurusan Majlis untuk membina sebuah bangunan baru. Bangunan PSI yang baru telah dibina di Jalan Datin Halimah bersebelahan Institut Perguruan Temenggong Ibrahim. Bangunan baru tiga tingkat ini lebih besar dan selesa serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengguna PSI. Perkhidmatan perpustakaan dibangunan baru ini telah dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 1988 dan terus berkhidmat dan berkembang hingga kini. Selain Perpustakaan Pusat, PSI juga mempunyai perkhidmatan Pustaka Bergerak dan juga Perpustakaan Cawangan serta menjalankan Program Pinjaman Majlis Bandaraya Johor Bahru. Tidak lama lagi lama web akan mula beroperasi dan dibuka kepada pengguna dan pengunjung Perpustakaan Sultan Ismail buat julung kalinya.
|