| 1. |
Pertandingan lagu-lagu patriotik ini terbuka kepada pelajar berumur 12 tahun ke bawah di kawasan Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang. |
| 2. |
Setiap kumpulan di anggotai oleh 25 hingga 30 orang termasuk seorang konduktor. Konduktor mestilah terdir daripada pelajar atau guru sekolah berkenaan. |
| 3. |
Setiap kumpulan diwajibkan menyanyi dua buah lagu. Satu lagu wajib yang dipilih dari senarai dan satu lagu bertemakan tanahair dan kemerdekaan serta lagu adalah ciptaan tempatan. Lagu dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.
Lagu-lagu wajib: |
| |
 |
Perpaduan Teras Kejayaan |
| |
 |
Ketahanan Rakyat |
| |
 |
Berjaya |
| |
 |
Johor Negeriku |
| 4 |
Masa persembahan tidak melebihi 10 minit bagi kedua-dua buah lagu. |
| 5. |
Muzik iringan disediakan oleh pihak peserta sendiri dalam bentuk CD "minus One" : tanpa suara. Persembahan lagu patriotik tidak dibenarkan diringi dengan muzik secara "live". |
| 6. |
Penyertaan adalah terhad untuk 25 kumpulan sahaja. |
| 7. |
Pakaian semua peserta hendaklah sesuai. Sebarang bentuk kereografi dari peserta lain tidak dibenarkan semasa pertandingan. |
| 8. |
Peringkat saringan akan diadakan dalam 2 sesi iaitu 6 dan 7 Ogos 2009 (Khamis dan Jumaat) mulai jam 1.30 petang bertempat di Pentas Utama Atrium Plaza Angsana, Johor Bahru. |
| 9. |
Tarikh tutup penyertaan pada atau sebelum 24 Julai 2009. |
| 10. |
Pihak penganjur akan mengumumkan kumpulan yang layak memasuki peringkat akhir pada 7 Ogos 2009. Pertandingan akhir lagu-lagu patriotik akan diadakan pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) mulai jam 2.30 petang. |
| 11. |
Penyertaan adalah percuma. |
| 12. |
Keputusan pengadil adalah muktamad. |
| |
Penghakiman lagu patriotik : |