BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI AHLI
Anda mestilah penduduk di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) atau bekerja/bersekolah di dalam kawasan MBJB dan kawasan-kawasan yang berhampiran:-
- Kawasan Kulai
- Kawasan Ulu Tiram
- Kawasan Senai
- Kawasan Taman Perling
Untuk menjadi ahli dan mendapatkan Kad Keahlian Perpustakaan (KKP), pemohon dikehendaki membawa:-
- 1 Keping gambar berwarna ukuran kad pengenalan Malaysia / passport.
- 1 Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran.
- Bayaran yuran keahlian dan wang proses secukupnya.
BAYARAN KEAHLIAN PSI
| Kategori Ahli |
Yuran (RM) |
Bayaran KKP (RM) |
Tempoh Keahlian |
| Dewasa |
30.00 |
5.00 |
3 Tahun |
| Remaja |
15.00 |
5.00 |
3 Tahun |
| Kanak-kanak |
1.00 |
5.00 |
3 Tahun |
| Pra - Sekolah |
1.00 |
3.00 |
3 Tahun |
| Pustaka Bergerak |
1.00 |
5.00 |
3 Tahun |
|
KAD KEAHLIAN PERPUSTAKAAN (KKP)
Setiap ahli PSI akan diberi Kad Keahlian Perpustakaan (KKP) dan KKP ini diguna dalam setiap urusan pinjaman buku. Kad ini tidak boleh ditukar milik dan ahli bertanggungjawab di atas keselamatan kad tersebut. KKP ahli tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, pihak PSI berhak menarik balik KKP ahli.
Jika pemohon belum menjadi ahli PSI, permohonan keahlian akan diuruskan dalam tempoh lima minit selepas pemohon menyerahkan borang pendaftaran yang lengkap beserta wang pendaftaran dan KKP ahli akan disiapkan dalam masa 20 minit.

Setiap KKP mempunyai nama ahli, gambar ahli, nombor kod bar dan tarikh tamat keahlian. Terdapat 4 kategori KKP:-
- KKP Dewasa (Warna Kuning) - 18 tahun ke atas
- KKP Remaja (Warna Merah) - 13 hingga 17 tahun
- KKP Kanak-kanak (Warna Hijau) - 7 hingga 12 tahun
- KKP Pra-Sekolah (Warna Biru) - 3 hingga 6 tahun