KOLEKSI PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL
Perpustakaan Sultan Ismail mempunyai koleksi yang besar dan meliputi semua bidang perkara. Selain daripada buku-buku perpustakaan juga menyediakan koleksi majalah, risalah, laporan tahunan, bahan pembinaan minda dan koleksi Alat Pandang Dengar. Semua koleksi ini diklasifikasikan mengikut Sistem Pengkelasan Dewey (Dewey Decimal Clasification).
Antara koleksi yang terdapat di PSI ialah:-

KOLEKSI BUKU PINJAMAN TERBUKA
Koleksi ini terletak di aras bawah PSI dan meliputi bahan-bahan Pengetahuan Dewasa Melayu dan Inggeris, Fiksyen Melayu dan Inggeris serta koleksi Fiksyen Cina dan Tamil. Koleksi ini boleh dipinjam untuk tempoh dua minggu (14 hari).
KOLEKSI BUKU RUJUKAN
Koleksi ini terletak di aras 2 PSI di Bahagian Rujukan. Hanya kategori ahli remaja dan dewasa yang berdaftar sebagai ahli perpustakaan sahaja yang dibenarkan menggunakan bahagian.
KOLEKSI RUJUKAN MALAYSIANA
Koleksi ini ialah buku-buku yang ditulis oleh penulis Malaysia atau buku-buku berkenaan Malaysia. Koleksi ini juga ditempatkan di aras 2 PSI di Bahagian Rujukan dan ditanda dengan huruf "MR".
KOLEKSI AKHBAR
PSI melanggan akhbar-akhbar harian yang terdapat di pasaran bagi kemudahan pembaca. Bagi pengguna yang ingin membuat rujukan akhbar tiga tahun kebelakangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi anggota PSI di Kaunter Edaran.
KOLEKSI MAJALAH / JURNAL
Sebanyak 110 judul majalah luar negara dan tempatan dilanggan berdasarkan keperluan ahli. Beberapa jurnal perkara tertentu dilanggan dari luar negara dan koleksi ini ditempatkan di aras 1 PSI di Bahagian Akhbar dan Majalah.
KOLEKSI KANAK-KANAK
Koleksi ini ditempatkan di bahagian kanak-kanak. Kategori koleksi ini merupakan jumlah yang paling besar berbanding dengan koleksi yang lain.
KOLEKSI PERMAINAN KANAK-KANAK
Permainan kanak-kanak yang berbentuk tradisional dan moden juga merupakan salah satu koleksi PSI. Peralatan permainan seperti congkak, scrabble, puppet, catur dan sebagainya disediakan untuk kumpulan kanak-kanak bermain menghilangkan penat membaca. Koleksi ini hanya boleh digunakan pada hari sabtu dan ahad sahaja secara berkumpulan dengan bimbingan petugas. Koleksi ini juga digunakan bagi aktiviti-aktiviti semasa lawatan pelajar-pelajar pra-sekolah dan sekolah rendah.
KOLEKSI BUKU BAHASA ARAB DAN TULISAN JAWI
PSI mempunyai koleksi Buku Bahasa Arab dan koleksi tulisan jawi untuk rujukan dan pinjaman ahli perpustakaan.
KOLEKSI BAHASA CINA DAN TAMIL
Pelbagai buku pengetahuan dan novel di dalam bahasa Cina dan Tamil untuk ahli dewasa, remaja, kanak-kanak dan pra-sekolah ada disediakan untuk kegunaan ahli PSI.