Statistics
  • Total Users: 3
  • Total Hits: 635,264
  • Total Visitors: 575,460
  • Total Photos: 464
  • Total Journal Entries: 27
  • Total Comments: 348
  • Members Online: 0
  • Guests Online: 1
Main Menu
Perpustakaan Sultan Ismail
Login Form
Recover Password
Account Sign-up
 Username
 
 Password
 

PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU

Oleh kerana sistem perkhidmatan dan pengurusan PSI telah diautomasikan, urusan pinjaman dan pemulangan buku menjadi lebih mudah dan ringkas. Setiap urusan pinjaman dan pemulangan buku mengambil masa tidak lebih dari 2 minit.

PeminjamanAhli hanya perlu membawa KKP dan buku-buku yang ingin dipinjam ke Kaunter Edaran PSI untuk petugas kaunter mengimbas kod bar KKP ahli dan kod bar buku-buku untuk urusan pinjaman. Begitu juga di dalam urusan pemulangan, ahli hanya perlu membawa buku-buku ke Kaunter Edaran untuk petugas mengimbas kod bar buku-buku. Setiap ahli layak meminjam 3 buah buku untuk jangkamasa 2 minggu (14 hari).

PEMULANGAN

Peminjam dikehendaki memulangkan buku yang dipinjam pada atau sebelum tarikh pemulangan. Buku-buku yang dipinjam tidak boleh dipulangkan pada hari yang sama.

LEWAT PEMULANGAN

Ahli akan dikenakan denda RM0.10 setiap hari untuk setiap buku yang lewat dipulangkan.

KEHILANGAN BUKU

Ahli hendaklah melaporkan kehilangan buku/buku-buku yang dipinjam. Ahli boleh mengganti dengan buku yang baru termasuk kos pemprosesan (RM2.00 untuk buku kanak-kanak dan RM3.00 untuk buku dewasa) atau membayar harga buku yang hilang dan kos pemprosesan.

This page last updated on 30/06/10 @ 3:37PM.
Dibangunkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat MBJB. Hakcipta © Terpelihara 2004-2010 Perpustakaan Sultan Ismail.
Perpustakaan Sultan Ismail tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.